CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

17 December 2008

Sepinggan NASI PUTIH utk makan malam?

Apakah fungsi amalan sunat? Mungkin kita tidak sedar bahawa amalan sunat sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Amalan inilah yg akan menampung segala kekurangan yg terdapat dalam amalan fardhu kita yg akan membawa kita mendekati syurga Allah, Masyaallah. Bayangkan kita mempunyai sehelai pakaian kesayangan yg terkoyak, pastinya kita akan menampung pakaian itu dengan kain2 lain. Kain2 itulah diibaratkan seperti amalan sunat yg dilakukan dlm kehidupan seharian kita.


Terdapat banyak amalan sunat yg dapat kita lakukan dan amalkan. Sebagai contoh yg terdekat adalah solat2 sunat, puasa sunat, bersedekah,berzikir dan lain2. Semua ini adalah contoh yg tidak membebankan kita, sebagai pelajar. Solat sunat dapat dilakukan diwaktu lapang. Contohnya seperti solat dhuha, solat rawatib dan tahajjud. Semua ini patut dipupuk dlm kehidupan agar lama2 menjadi amalan.



sepinggan nasi putih yg tidak menaikkan selera



Baru2 ini, ketika menghadiri usrah, ustazah ada mengatakan, solat fardhu yg kita lakukan dgn sempurna adalah ibarat sepinggan nasi putih. Adalah cukup jika kita hanya makan malam dengan hanya sepinggan nasi putih? Pasti kita memerlukan lauk2, sayur, kicap, sambal belacan dan lain2 sebagai penyedap dan penambah rasa. Maka, solat2 sunat itu adalah seperti penambah rasa utk melazatkan lagi makan malam kita. Dengan kata lain, ia akan menambah pahala ibadah disamping membaiki amalan2 fardhu yg terkurang.


Manusia mahukan santapan yg lazat dan berkhasiat, apatah lagi pencipta manusia yakni Allah, pastilah kita perlu menyediakan amalan2 yg dilakukan dgn sempurna utk mendapat syurga Allah.

hidangan yg menarik dengan lauk pauk dan sayuran

0 comments: