CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

17 December 2008

Hadis DHAIF dan PALSU

Hadis adalah kata2 atau perbuatan nabi yg menjadi ikutan atau sunnah kepada kita. Tetapi kadang2 kita juga perlu mengkaji hadis yg ingin kita amalkan. Terdapat juga hadis2 yang dhaif(lemah) dan palsu yg sangat popular digunakan oleh masyarakat sekarang. Tidak salah jika kita mengambil hadis dhaif sebagai amalan yg akan membawa kepada kebaikan, tetapi bukankah lebih terjamin jika kita beramal dengan banyak lagi hadis2 yg diyakini sanad dan matannya.. Di bawah adalah hadis2 dhaif dan palsu itu;


((اعمل لدنياك آأنك تعيش أبداً ، واعمل لآخرتك آأنك تموت غداً)). قال
الألباني: لا يصح مرفوعاً أي: ليس صحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم.
. ( "الضعيفة" ( 8
Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan
beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani:
Tidak sah dari Nabi s.a.w.)


((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). أورده ابن
69 ) . والسيوطي في "اللآلئ المصنوعة" / الجوزي في "الموضوعات" ( 3
. ( 279/2 ) . والذهبي في "ترتيب الموضوعات" ( 839 )
Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-
Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)


((تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز له العرش)). موضوع . "ترتيب
الموضوعات" ( 694 ) . "الموضوعات" للصغاني ( 97 ) . "تنزيه الشريعة"
. (202/2)
Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan
Arasy. (Maudhu')


((أنا عربي والقرآن عربي ولسان أهل الجنة عربي)) . "تذآرة
. (30/ الموضوعات" ( 112 ) . "المقاصد الحسنة" ( 31 ) . "تنزيه الشريعة" ( 2
Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah
bahasa Arab.


((إن لكل شيء قلباً، وإن قلب القرآن (يس) من قرأها، فكأنما قرأ القرآن عشر
. ( 55 ) . "الضعيفة" ( 169 / مرات)). موضوع . "العلل" لابن أبي حاتم ( 2
Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin.
Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak
10 ali. (Maudhu')


"تذآرة / -35 ((صوموا تصحوا)) . ضعيف . "تخريج الإحياء" ( 3
. ( الموضوعات" ( 70 ) . "الموضوعات" للصغاني ( 72
Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. (Dha'if)


((أوصاني جبرائيل عليه السلام بالجار إلى أربعين داراً. عشرة من ها هنا،
وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا)) . ضعيف . "آشف
232 ) . "المقاصد الحسنة" للسخاوي / 1054 ) . "تخريج الإحياء" ( 2 / الخفاء" ( 1
. (170)
Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah.
Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana.
Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)


((من قرأ سورة الواقعة في آل ليلة لم تصبه فاقة أبداً)). ضعيف. "العلل
( 301 ) . "الفوائد المجموعة" ( 972 / 151 ) . "تنزيه الشريعة" ( 1 / المتناهية" (
Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan
ditimpa kefakiran selama2nya. (Dha'if).


((من ولد له مولود. فأذن في أذنه اليمنى وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم
397 ) . "مجمع الزوائد" للهيثمي . / الصبيان)) . موضوع . "الميزان" للذهبي ( 4
. (61/ "تخريج الإحياء" ( 2
Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan diiqamah
di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.
(Maudhu')


((النظر في المصحف عبادةٌ، ونظر الولد إلى الوالدين عبادةٌ، والنظر إلى علي
. ( بن أبي طالب عبادةٌ)) . موضوع . ""الضعيفة" ( 356
Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat
kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)


((من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة آتبت له براءة من النار
. ( ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق)) . ضعيف . "الضعيفة" ( 364
Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu
sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas
dari sifat munafiq. (Dha'if)


((اطلبوا العلم ولو بالصين)) . موضوع . "الموضوعات" لابن الجوزي
( 215/1 ) . "ترتيب الموضوعات" للذهبي ( 111 ) . "الفوائد المجموعة" ( 852 )
Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')


((إذا انتهى أحدآم إلى الصف وقد تم فليجبذ إليه رجلاً يقيمه إلى جنبه))
. ( 37 ) . "الضعيفة" ( 921 / ضعيف . "التلخيص الحبير" لابن حجر ( 2
Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh,
maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya. (Dha'if)


((انطلق النبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر إلى الغار، فدخلا فيه فجاءت
. ( العنكبوت فنسجت على باب الغار...الخ)) . ضعيف . "الضعيفة" ( 1129
. ( "التحديث بما قيل لا يصح فيه حديث" لبكر أبي زيد ( 214
Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian
datang labah-labah membuat sarang di pintu gua. (Dha'if)


((إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء: إذا آان المغنم دولاً
. (33/ والأمانة مغنماً والزآاة مغرماً ........الخ)) . ضعيف . "سنن الترمذي" ( 2
. (33/ 1421 ) . "الكشف الإلهي" ( 1 / "العلل المتناهية" ( 2
Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya:
Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan
berkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai
satu denda (dikeluarkan secara paksaan). (Dha'if)


((لكل شيء عروس وعروس القرآن الرحمن)) . منكر. "الضعيفة" ( 1350
Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al-Quran adalah surah
al-Rahman. (Munkar)


((عليكم بالشفائين: العسل والقرآن)) . ضعيف. "أحاديث معلَّة ظاهرها
. ( الصحة" للوادعي ( 247 ) . "الضعيفة" ( 1514
Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al-Quran. (Dha'if)


((لمعالجة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف)) . ضعيف جداً. "ترتيب
. (220/ الموضوعات" للذهبي ( 1071 ) . "الموضوعات" لابن الجوزي ( 3
Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang.
(Dha'if Jiddan)


((بادروا بالأعمال سبعاً، هل تنتظرون إلا مرضاً مفسداً وهرماً مفنداً أو غنى
مطغياً أو فقراً منسياً أو موتاً مجهزاً أو الدجال فشر غائب ينتظر أو الساعة
. (2313/ والساعة أدهى وأمر)). ضعيف. "ذخيرة الحفاظ" لابن طاهر ( 2
. ( "الضعيفة" ( 1666
Bersegeralah beramal sebelum berlaku tujuh perkara: Adakah kamu menunggu
sehingga jatuh sakit yang membinasakan, tua nyanyuk, atau kekayaan yang
menjahanamkan, atau kefaqiran yang melarat, atau kematian mengejut, atau datang
dajjal iaitu sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu, atau datangnya kiamat, iaitu
perkara yang paling dahsyat sekali (Dha'if)


((لا تجعلوا آخر طعامكم ماءً)) . لا أصل له . "الضعيفة" ( 2096
Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air (Tiada sumbernya)


((من أفطر يوماً من رمضان في غير رخصة رخصها الله له، لم يقض عنه
148 ) . "الترغيب / صيام الدهر آله، وإن صامه)). ضعيف. "تنزيه الشريعة" ( 2
Barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan Ramadhan bukan sebab rukhsah
dibenarkan oleh Allah, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa
seumur hidup. (Dha'if)


((أبغض الحلال إلى الله الطلاق)). ضعيف. "العلل المتناهية" لابن الجوزي
.(23/ 1056/2 ) . "الذخيرة" ( 1 )
Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talaq. (Dha'if)


يقولون
طلع البدر علينا وجب الشكر علينا
أيها المبعوث فينا من ثنيات الوداع
ما دعا لله داع جئت بالأمر المطاع
.( ضعيف. "أحاديث القصاص" لابن تيمية ( 17 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 196
Apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba
mengucapkan: Thala'al Badru Alaina…..(Dha'if)

0 comments: