CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

17 December 2008

Jaga TUJUH SUNNAH NABI S.A.W

jadikan membaca al-quran selepas subuh sebagai amalan harian


Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia mampu menguruskan hidupnya sesaat, yang sangat sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.


Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


tetapkan matlamat dalam hidup utk berjaya didunia dan diakhirat


Maka hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama, Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki kita ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat, jaga solat Dhuha
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima, jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
“Dzikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” dan dengan dzikir berbagai kejahatan dan lainnya dapat dijauhkan sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat mazmumah.

0 comments: