CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

17 December 2008

SENYUM, KETAWA dan SEDIH

Ketiga-tiganya merupakan perasaan yg akan dilalui oleh seorang manusia yg normal. Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun ketika dalam kesedihan? Susah rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap kita 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.


Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga seseorang yang sentiasa tersenyum dan seseorang yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah seseorang yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar. Tenangje bila dilihat.


Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Memang sukar mencari wajah begini. Cuba kita perhatikan orang yang dilanda masalah dan ditambah pula hidup tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, serabut dan nampak tua dari usia sebenar. Tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Jika bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan kita berada dalam kesedihan dan selepas itu kita perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.


Oleh itu kita mestilah bangun untuk teruskan hidup walau ditimpa pelbagai masalah kerana masalah itu adalah pelengkap kepada kehidupan. Tanpa masalah, tidak bererti sesuatu kehidupan. Fikirkanlah.....

0 comments: