kenangan 16tahun yg lepas bersama tok
Salah satu caranya adalah dengan merindui kematian. Apabila seseorang itu merindui kematian, dia akan menyediakan segala apa amalan yg perlu utk dibawa mati. Kerana matinya seorang anak adam itu, ia tidak akan membawa apa2 harta atau kepunyaan kecuali 3 sahaja iaitu ilmu yg dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak2 soleh.
Pada hari raya aidilfitri ke4 yg lepas, tok saya telah meninggal dunia. Inilah pengalaman pertama bagi saya kehilangan orang terdekat. Ketika meninggal dunia, usia tok telah mencecah 74 tahun yg dikira bonus yg Allah beri utk hidup di dunia yg sementara ini. Rasulullah s.a.w meninggal dunia ketika berumur 64 tahun. Saat kematian merupakan saat yg menyedihkan bagi keluarga yg terdekat dan merupakan saat yg menggerunkan bagi si mati. Malaikat akan mencabut nyawa dan setiap manusia akan merasainya bila tiba masa yg ditetapkan oleh Allah sama ada ketika usia muda atau tua.

Sentiasalah kita menziarahi kubur kerana amalan ini dapat mendekatkan kita dengan Allah apabila kita mengingati mati dan takut akan siksaan dalam kubur dan neraka Allah. Doakanlah kesejahteraan keluarga selalu sama ada yg masih ada atau yg telah pergi. Manusia sering lupa, maka salingla kita mengingati antara satu sama lain.