CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

02 February 2009

anda BERJAYA!

8.30 a.m. 31/1/09

Pagi ini teringat pula satu kenangan di dalam kelas 8tahun yg lalu. Kelas 1 Taqwa di SMAI. Ketika itu Muallimah Aminah tengah mengajar subjek tasawur(klo xsilapla, hehe), tiba2, Muallimah arahkan semua pelajar keluar ke belakang kelas. Menakutkan jugak sebab belakang kelas dahulu menghadap kawasan paya. Semua murid tercengang, pelik kenapa Muallimah arahkan begitu. Sedangkan kami masih dalam waktu pembelajaran.


Perkara pertama yg terlintas dlm fikiran time tu, mesti diorang nak buat spotcheck kot. Biasala kekadang ada murid hilang barang berharga. Tapi salahla... sebab xlama selepas tu, Muallimah panggil setiap sorang murid untuk masuk secara bergilir2. Bila datang turn sy, Muallimah tanya, anti tahu tak sape manusia yg paling berjaya dalam dunia ni? Terpinga2 jugak awal2 n cakap “ana xtahula Muallimah, tapi rasanya Nabi Muhammad s.a.w”. Then, Muallimah senyumje n kata, “meh sini Muallimah nak tunjuk kat anti orang yg paling Berjaya”....


Tahu apa yg Muallimah tunjuk?, rupa2nya Muallimah pegang cermin, so, muka diri sendirila yg kita nampak, hehe, lawak betul. Secara kesimpulannya, semua manusia yg hidup di muka ini adalah org yg Berjaya. Kenapa? Sebab dapat berjuang untuk hidup di muka bumi ini. Tetapi kejayaan yg paling unggul adalah untuk Berjaya sebagai individu yg cemerlang di dunia dan cemerlang juga di akhirat kelak.


Konsep bersyukur penting dalam hidup kita. Bersyukur dengan segala nikmat yg kita kecapi di dunia ini(kan sss.. =). Allah dah beri kita family dan kehidupan yg sempurna. Juga jangan mudah putus asa bila ujian atau masalah datang menimpa, kena fikir juga nasib2 orang lain yg lagi menderita dari kita. Coz gagal sekali xbermakna kita gagal untuk selamanya...

0 comments: