CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

02 February 2009

reason VS. revelation

Dalam kelas Islamic knowledge and civilization (UNGS2040) baru2ni, ustaz ada bagi satu contoh yg sangat menarik untuk dikongsi bersama. Ustaz Abdul Kabir Hossain dari Nigeria ini sangat Lawak orangnya terutama bila dia buat aksi bayi menangis, haha... mentang2la baru dapat anak sulung baru2ni, excited betul. Berbalik kepada cerita tadi, dalam kelas haritu, tajuk yg dibincangkan adalah berkenaan dengan reason versus revelation.


Antara nota2 yg sempat disalin;
• Reason is gift from Allah and it’s the most valued part of human body
• Reason is the basis of taklif (legal capacity) because it is the power of discernment by which humans can distinguish between ‘good’ and ‘bad’, ‘right’ and ‘wrong’
• Reason is the basis of Iman/ faith, thus, it is given the authority to examine the authenticity of prophets and the revelation they claim to bring from God.
• The Qur’an is full of references which command and exhort people to think, contemplate, and to examine the claimed revelation
• This shows that:
- Islam values reason; and
- Islam is confident that there will be no contradiction between what is contained in the revelation and what can reason by human reason
• Interestingly, those who claim to reject religion/ revelation based on logic and rationality are characterized by the Qur’an as those who fail to use their mental faculties/ reason properly.


Setelah habis penerangan, ustaz tanya pada pelajar2, antara reason and revelation, yg paling penting? Majoriti pelajar menjawab revelation. Sebabnya, mestila kerana al-quran yakni mukjizat dan wahyu teragung. Semua pelajar fikir akal kurniaan Allah tiada gunanya tanpa wahyu. Then, ustaz terus member contohnya yg sgt menarik.


Ustaz kata, cuba jangan fikir tentang akal, wahyu atau al-quran. Bayangkan ustaz dari Nigeria datang ke UIA dan hanya ada seorang kenalan iaitu Aminah. Aminah merupakan seorang pakar IT. suatu hari, ustaz sakit kepala yg teramat sangat. Ustaz akan minta bantuan dari siapa? Sudah tentula pada Aminah, walaupun Aminah merupakan pakar IT. kemudian Aminah akan membantu ustaz dengan berjumpa dengan seorang doctor iaitu Ahmad.


Bulan berikutnya, ustaz sakit kepala lagi, adakah ustaz akan jumpa Aminah ataupun Ahmad? Semestinya ustaz akan terus berjumpa dengan Ahmad, kerana Aminah adalah pakar IT dan bukan doctor. Apa logiknya contoh ini dengan tajuk di atasye, hehe..


Jadikan Aminah sebagai akal dan Ahmad sebagai wahyu. Tanpa Aminah, ustaz xkan berjumpa dengan Ahmad. Maksudnya, tanpa adanya akal, kita xkan dapat menggunakan wahyu atau divine knowledge. Akal adalah punca utama kita mengenal ilmu. Itula yg membezakan manusia dengan haiwan. Then, situasi kedua ialah, kenapa kali ke2 ustaz sakit, ustaz tidak berjumpa dengan Aminah lagi? Di sini dapat difahami bahawa akal manusia adalah terbatas. Tanpa wahyu, manusia tidak akan dapat mengenal pencipta dan perkara2 lain. Jadi, kita perlukan wahyu utk mengenal tuhan dan perkara2 ghaib yg lain disamping ilmu2 agama.


Maka, akal sahaja tidak cukup untuk kita mengenal Allah. Kita perlu belajar dari kitab2 atau orang yg lebih mengetahui untuk mendalami dan meluaskan pengetahuan. Jadi, gunakanlah akal yg dikurniakan Allah dengan sebaiknya...

anda BERJAYA!

8.30 a.m. 31/1/09

Pagi ini teringat pula satu kenangan di dalam kelas 8tahun yg lalu. Kelas 1 Taqwa di SMAI. Ketika itu Muallimah Aminah tengah mengajar subjek tasawur(klo xsilapla, hehe), tiba2, Muallimah arahkan semua pelajar keluar ke belakang kelas. Menakutkan jugak sebab belakang kelas dahulu menghadap kawasan paya. Semua murid tercengang, pelik kenapa Muallimah arahkan begitu. Sedangkan kami masih dalam waktu pembelajaran.


Perkara pertama yg terlintas dlm fikiran time tu, mesti diorang nak buat spotcheck kot. Biasala kekadang ada murid hilang barang berharga. Tapi salahla... sebab xlama selepas tu, Muallimah panggil setiap sorang murid untuk masuk secara bergilir2. Bila datang turn sy, Muallimah tanya, anti tahu tak sape manusia yg paling berjaya dalam dunia ni? Terpinga2 jugak awal2 n cakap “ana xtahula Muallimah, tapi rasanya Nabi Muhammad s.a.w”. Then, Muallimah senyumje n kata, “meh sini Muallimah nak tunjuk kat anti orang yg paling Berjaya”....


Tahu apa yg Muallimah tunjuk?, rupa2nya Muallimah pegang cermin, so, muka diri sendirila yg kita nampak, hehe, lawak betul. Secara kesimpulannya, semua manusia yg hidup di muka ini adalah org yg Berjaya. Kenapa? Sebab dapat berjuang untuk hidup di muka bumi ini. Tetapi kejayaan yg paling unggul adalah untuk Berjaya sebagai individu yg cemerlang di dunia dan cemerlang juga di akhirat kelak.


Konsep bersyukur penting dalam hidup kita. Bersyukur dengan segala nikmat yg kita kecapi di dunia ini(kan sss.. =). Allah dah beri kita family dan kehidupan yg sempurna. Juga jangan mudah putus asa bila ujian atau masalah datang menimpa, kena fikir juga nasib2 orang lain yg lagi menderita dari kita. Coz gagal sekali xbermakna kita gagal untuk selamanya...

SIRAH NABI (pengisian usrah yg lalu)

NABI NUH A.S.

SALASILAH
· Nabi keempat sesudah Adam, Shiyth, dan Idris
· Keturunan kesembilan dari Nabi Adam
· Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris

KAUM NABI NUH
· Mereka melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis.
· Mereka juga menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan.
· Nama-nama berhala mereka ialah " Wadd " dan " Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ".

DAKWAH NABI NUH
· Nabi Nuh mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala dan kembali kepada tauhid menyembah Allah, Tuhan sekelian alam melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan oleh Syaitan dan Iblis.
· Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah.

NABI NUH BERPUTUS ASA DARI KAUMNYA
· Selama sembilan ratus lima puluh tahun nabi berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah.
· Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya.
· Tidak sampai seratus orang yang menerima dakwahnya.

NABI NUH MEMBUAT KAPAL
· Menerima perintah Allah untuk membuat sebuah kapal.
· Diejek dan dicemuh kaumnya kerana membina kapal di atas bukit.
· Puteranya terkorban dalam banjir itu.

KISAH NABI NUH DALAM AL-QURAN
Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka.

PENGAJARAN DARI KISAH NABI NUH A.S.
· Hubungan antara manusia yang terjalin karena ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan daripada hubungan yang terjalin karena ikatan darah atau kelahiran.

“Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai saudaranya yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri.’’



NABI HUD A.S.

SALASILAH
· Merupakan cucu Nabi Nuh, dari puteranya Sam.
· Berasal dari keluarga terhormat kaum Ad yang tinggal di Ahqaf, antara Yaman dan Oman, sementara datuknya di Armenia.

KAUM AAD
· Aad adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama Al-Ahqaf terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh.
· Terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa.
· Membuat patung-patung yang diberi nama Shamud dan Alhattar dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah.

NABI HUD BERDAKWAH
· Nabi Hud memulakan dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah yang berupa alam sekeliling mereka.
· Kaumnya melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka.
· Dengan serta-merta ditolak oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan.

PEMBALASAN ALLAH ATAS KAUM AAD
· Pembalasan Tuhan diturunkan dua tahap ke atas mereka.
· Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka.
· Pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal yang akan menghancurkan mereka.

KISAH NABI HUD DALAM AL-QURAN
Kisah Nabi Hud diceritakan dalam 68 ayat dari 10 surah yang di antaranya adalah Surah Hud, ayat 50 hingga 60, Surah Al-Mukminun ayat 31 sehingga ayat 41 , Surah Al-Ahqaaf ayat 21 sehingga ayat 26 dan Surah Al-Haaqqah ayat 6 ,7 dan 8.

PENGAJARAN DARI KISAH NABI HUD A.S.
· Nabi Hud menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala itu dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.
· Nabi Hud selalu berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan memberikan bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal.

“Hidayah itu adalah dari Allah, Dia akan memberinya kepada siapa yang Dia kehendakinya.”

17 December 2008

MeRINDUi kematian

kenangan 16tahun yg lepas bersama tok


Pernahkah kita mengetahui bahawa ajal tidak akan menunggu kita walau sesaat? Maka bersediakah kita menghadapi kematian satu saat yg akan datang? Pasti tidak kerana amalan kita diusia muda ini tidak cukup utk mencapai syurga Allah. Jadi sama2lah kita mengingati mati dan tidak lalai dlm kehidupan.


Salah satu caranya adalah dengan merindui kematian. Apabila seseorang itu merindui kematian, dia akan menyediakan segala apa amalan yg perlu utk dibawa mati. Kerana matinya seorang anak adam itu, ia tidak akan membawa apa2 harta atau kepunyaan kecuali 3 sahaja iaitu ilmu yg dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak2 soleh.


Pada hari raya aidilfitri ke4 yg lepas, tok saya telah meninggal dunia. Inilah pengalaman pertama bagi saya kehilangan orang terdekat. Ketika meninggal dunia, usia tok telah mencecah 74 tahun yg dikira bonus yg Allah beri utk hidup di dunia yg sementara ini. Rasulullah s.a.w meninggal dunia ketika berumur 64 tahun. Saat kematian merupakan saat yg menyedihkan bagi keluarga yg terdekat dan merupakan saat yg menggerunkan bagi si mati. Malaikat akan mencabut nyawa dan setiap manusia akan merasainya bila tiba masa yg ditetapkan oleh Allah sama ada ketika usia muda atau tua.



arwah tok bersama 5anak perempuan pada raya haji yg lepas


Sentiasalah kita menziarahi kubur kerana amalan ini dapat mendekatkan kita dengan Allah apabila kita mengingati mati dan takut akan siksaan dalam kubur dan neraka Allah. Doakanlah kesejahteraan keluarga selalu sama ada yg masih ada atau yg telah pergi. Manusia sering lupa, maka salingla kita mengingati antara satu sama lain.

Sepinggan NASI PUTIH utk makan malam?

Apakah fungsi amalan sunat? Mungkin kita tidak sedar bahawa amalan sunat sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Amalan inilah yg akan menampung segala kekurangan yg terdapat dalam amalan fardhu kita yg akan membawa kita mendekati syurga Allah, Masyaallah. Bayangkan kita mempunyai sehelai pakaian kesayangan yg terkoyak, pastinya kita akan menampung pakaian itu dengan kain2 lain. Kain2 itulah diibaratkan seperti amalan sunat yg dilakukan dlm kehidupan seharian kita.


Terdapat banyak amalan sunat yg dapat kita lakukan dan amalkan. Sebagai contoh yg terdekat adalah solat2 sunat, puasa sunat, bersedekah,berzikir dan lain2. Semua ini adalah contoh yg tidak membebankan kita, sebagai pelajar. Solat sunat dapat dilakukan diwaktu lapang. Contohnya seperti solat dhuha, solat rawatib dan tahajjud. Semua ini patut dipupuk dlm kehidupan agar lama2 menjadi amalan.



sepinggan nasi putih yg tidak menaikkan selera



Baru2 ini, ketika menghadiri usrah, ustazah ada mengatakan, solat fardhu yg kita lakukan dgn sempurna adalah ibarat sepinggan nasi putih. Adalah cukup jika kita hanya makan malam dengan hanya sepinggan nasi putih? Pasti kita memerlukan lauk2, sayur, kicap, sambal belacan dan lain2 sebagai penyedap dan penambah rasa. Maka, solat2 sunat itu adalah seperti penambah rasa utk melazatkan lagi makan malam kita. Dengan kata lain, ia akan menambah pahala ibadah disamping membaiki amalan2 fardhu yg terkurang.


Manusia mahukan santapan yg lazat dan berkhasiat, apatah lagi pencipta manusia yakni Allah, pastilah kita perlu menyediakan amalan2 yg dilakukan dgn sempurna utk mendapat syurga Allah.

hidangan yg menarik dengan lauk pauk dan sayuran