CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

02 February 2009

reason VS. revelation

Dalam kelas Islamic knowledge and civilization (UNGS2040) baru2ni, ustaz ada bagi satu contoh yg sangat menarik untuk dikongsi bersama. Ustaz Abdul Kabir Hossain dari Nigeria ini sangat Lawak orangnya terutama bila dia buat aksi bayi menangis, haha... mentang2la baru dapat anak sulung baru2ni, excited betul. Berbalik kepada cerita tadi, dalam kelas haritu, tajuk yg dibincangkan adalah berkenaan dengan reason versus revelation.


Antara nota2 yg sempat disalin;
• Reason is gift from Allah and it’s the most valued part of human body
• Reason is the basis of taklif (legal capacity) because it is the power of discernment by which humans can distinguish between ‘good’ and ‘bad’, ‘right’ and ‘wrong’
• Reason is the basis of Iman/ faith, thus, it is given the authority to examine the authenticity of prophets and the revelation they claim to bring from God.
• The Qur’an is full of references which command and exhort people to think, contemplate, and to examine the claimed revelation
• This shows that:
- Islam values reason; and
- Islam is confident that there will be no contradiction between what is contained in the revelation and what can reason by human reason
• Interestingly, those who claim to reject religion/ revelation based on logic and rationality are characterized by the Qur’an as those who fail to use their mental faculties/ reason properly.


Setelah habis penerangan, ustaz tanya pada pelajar2, antara reason and revelation, yg paling penting? Majoriti pelajar menjawab revelation. Sebabnya, mestila kerana al-quran yakni mukjizat dan wahyu teragung. Semua pelajar fikir akal kurniaan Allah tiada gunanya tanpa wahyu. Then, ustaz terus member contohnya yg sgt menarik.


Ustaz kata, cuba jangan fikir tentang akal, wahyu atau al-quran. Bayangkan ustaz dari Nigeria datang ke UIA dan hanya ada seorang kenalan iaitu Aminah. Aminah merupakan seorang pakar IT. suatu hari, ustaz sakit kepala yg teramat sangat. Ustaz akan minta bantuan dari siapa? Sudah tentula pada Aminah, walaupun Aminah merupakan pakar IT. kemudian Aminah akan membantu ustaz dengan berjumpa dengan seorang doctor iaitu Ahmad.


Bulan berikutnya, ustaz sakit kepala lagi, adakah ustaz akan jumpa Aminah ataupun Ahmad? Semestinya ustaz akan terus berjumpa dengan Ahmad, kerana Aminah adalah pakar IT dan bukan doctor. Apa logiknya contoh ini dengan tajuk di atasye, hehe..


Jadikan Aminah sebagai akal dan Ahmad sebagai wahyu. Tanpa Aminah, ustaz xkan berjumpa dengan Ahmad. Maksudnya, tanpa adanya akal, kita xkan dapat menggunakan wahyu atau divine knowledge. Akal adalah punca utama kita mengenal ilmu. Itula yg membezakan manusia dengan haiwan. Then, situasi kedua ialah, kenapa kali ke2 ustaz sakit, ustaz tidak berjumpa dengan Aminah lagi? Di sini dapat difahami bahawa akal manusia adalah terbatas. Tanpa wahyu, manusia tidak akan dapat mengenal pencipta dan perkara2 lain. Jadi, kita perlukan wahyu utk mengenal tuhan dan perkara2 ghaib yg lain disamping ilmu2 agama.


Maka, akal sahaja tidak cukup untuk kita mengenal Allah. Kita perlu belajar dari kitab2 atau orang yg lebih mengetahui untuk mendalami dan meluaskan pengetahuan. Jadi, gunakanlah akal yg dikurniakan Allah dengan sebaiknya...

2 comments:

zamdotcom said...

nice info heh ^^
apa pun sy doakan kejayaan awak ^^

keretasorong said...

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (179 : 7 سورة الأعراف )

\(^_^)/

.:.lps nih update mengenai Taaruf week lak ekkk :P